Bismillah...
Teks Azreen Asnawi
Pelajar-pelajar lemah
Pelajar-pelajar yang lemah biasanya dikaitkan dengan lemahnya penguasaan mereka dalam akademik dan kerap melalukan masalah disiplin. Kebanyakkan tumpuan kurang diberikan kepada mereka. Ini kerana tanggapan biasa kesukaran untuk mengawal mereka dan tidak yakin dengan kemampuan mereka.
Apabila menanyakan kepada mereka mengapa mereka hadir ke sekolah setiap, mereka juga tiada jawapan yang tetap dan menyakinkan. Ini terjadi kerana pelajar-pelajar lemah biasanya kurang keyakinan, tiada motivasi serta tidak pasti atau tidak tahu tujuan hadir ke sekolah dan tidak tahu potensi dan kebolehan diri mereka.
Apa yang mereka tahu hadir ke sekolah kerana ibubapa suruh, jumpa kawan-kawan ataupun bosan duduk di rumah. Oleh sebab itu, mereka tidak memberikan tumpuan dan fokus apabila berada di dalam kelas. Selain itu mereka berminat untuk melakukan kesalahan displin untuk mendapatkan perhatian orang-orang di sekiling.
Pengembaraan ilmu
Oleh itu saya terpanggil dan selalu tertanya-tanya apakah caranya untuk memahami dan membantu pelajar-pelajar istimewa ini. Kekadang rasa berputus asa untuk cuba mendekati seterusnya membantu mereka mencapai kejayaan bukan hanya dalam akademik tetapi sahsiah. Namun, dalam hati sentiasa terdetik "apakah yang boleh aku lakukan untuk membantu mereka". Persoalan ini sentiasa bermain dalam fikiran dan sanubari saya. Tanpa membuang masa saya telah mengambil inisiatif dengan menhadiri seminar-seminar yang berkaitan dengan perdidikan.
Semoga segala usahaku ini memperolehi kejayaan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan