Khamis, 5 Disember 2013

Selamat Datang Ke Blog Saya


Assalamualaikum....

Inspirasi buat teristimewa ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang dilalui oleh saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang hebat dan seorang guru kepada para pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Diharapkan perkongsian ini memberikan inspirasi seterusnya meledakkan motivasi kita semua menuju kejayaan yang diredhai.

Ibu/umi/mama/bonda/mak....

semua ini panggilan biasa digunakan oleh anak-anak terhadap insan yang telah melahirkan dan membesarkan mereka. Walauapa pun panggilan yang digunakan tujuan adalah satu iaitu untuk membimbing dan mendidik mereka menjadi insan yang bertakwa kepada Allah dengan kata mudah berjaya di dunia dan di akhirat.

Tugas ini bukannya mudah, ia memerlukan ilmu dan pengorbanan serta iltizam yang kuat. Oleh itu saya mengambil inisiatif  dengan terlibat dalam pengembaraan ilmu di merata-rata dalam usaha mencari ilmu yang boleh diaplikasikan kepada anak-anak saya.

Saya akan teruskan usaha tanpa mengira penat lelah dan waktu. Dengan niat hanya satu untuk menjaga anugerah Allah tidak ternilai ini.

Guru....

Suatu tugas yang bukan mudah tetapi mulia di sisi Allah pencipta sekalian alam. Dengan perkembangan yang sangat ketara kini dalam bidang pendidikan. membuatkan saya tersedar dan bermotivasi untuk menguasai ilmu-ilmu baru dalam menghadapi gelombang pendidikan Negara. Apapun perubahan yang dilaksanakankan tujuan jua satu untuk kecemerlangan para pelajar kita.

Bagi saya kecemerlangan seseorang pelajar itu tidak hanya pada akademik tetapi juga pada sahsiah dan keperibadiannya. Ini kerana ini juga yang ingin ada pada anak saya. Oleh itu juga saya dalam misi pengembaraan ilmu mencari dan terus menggali ilmu serta kemahiran baru dalam usaha menempuh cabaran seorang guru.

Saya ingin sekali memberikan perhatian yang lebih kepada para pelajar istimewa( lemah yang berada di kelas belakang). Ini kerana pada saya mereka ini masih tercari-cari apa yang perlu dalam diri dan sentiasa berada rendah diri dan kurang bermotivasi.

Segala usaha saya ini ingin saya kongsikan dengan rakan-rakan pembaca sekalian. Mohon teguran untuk memperbaiki segala kelemahan seterusnya dapat kita laksanakan bersama.

#Cikgu Azreen#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan