Assalamualaikum...
Teks Azreen Asnawi
Salam ukhuwah kepada semua
Maklumat diri
Saya bernama Azreen Bt Asnawi berumur 30-an dan dilahirkan di kuala lumpur. Ibu saya berasal dari
Perak manakala bapa saya dari Johor Darul Takzim tetapi berkhidmat di kem Sg Besi. Kini saya
menetap di bangi selanggor. Saya telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 2 orang puteri.
Pendidikan
Saya bersekolah rendah di kuala lumpur sehingga darjah lima sebelum mengakhirinya iaitu darjah
enam di Kuching Sarawak kerana mengikuti bapa yang berkhidmat sebagai tentera sehingga tamat
tingkatan 1. Tingkatan 2 sehingga tingkatan 5 bersekolah di sekolah berasrama di Selangor. Selepas
SPM saya telah melanjutkan pelajaran peringkat matrikulasi sains UKM di Negeri Sembilan selama 2
tahun. Semasa matrikulasi saya telah bergerak aktif berpersatuan untuk menggali dan mendapatkan
pelbagai kemahiran untuk digunakan di masa akan datang. Saya telah dipilih sebagai Naib presiden
persatuan pelajar iaitu ketua pelajar puteri. Daripada situ saya telah melaksanakan pelbagai aktiviti .
Walaupun saya aktif dalam berpersatuan saya sentiasa menetapakan matlamat untuk mencapai
kejayaan dalam akademik sehingga saya telah terpilih sebagai pelajar terbaik puteri dan
dianugerahkan pelajar serba boleh. Ini semua adalah sebagai perangsang kepada saya untuk mencapai
kejayaan. Selepas 2 tahun, oleh kerana minat yang mendalam dalam pendidikan dan redha ibubapa
terutama ibu saya, saya telah memilih jurusan sains dengan pendidikan di UKM.
Kerjaya
Saya telah memulakan kerjaya saya sebagai guru di Kuching Sarawak selama 4 tahun. Semangat
untuk memberikan terbaik dalam apa juga diusahakan telah diteruskan dalam kerjaya sehingga
terpilih sebagai guru popular dan penyayang semasa sambutan hari guru. Terlalu banyak kenangan
indah di Sarawak. Selepas 4 tahun saya kembali meneruskan kerjaya saya di kuala lumpur setelah
mendirikan rumahtangga dan alhamdullilah telah dikurniakan 2 orang puteri. Berkhidmat di kuala
lumpur selama 10 tahun sebelum tahun ini dapat berkhidmat di Selangor. Sedar tidak sedar saya telah
berkhidmat 11 tahun dalam dunia pendidikan. Pelbagai cabaran dan dugaan di hadapi dalam
menjalankan tugas. Namun tidak pernah berputus asa untuk sentiasa berikan terbaik demi kejayaan
pelajar. In sha allah niat ini akan terus tersemat sehingga masih bernyawa.
Pengembaraan ilmu
Mungkin kerana saya ini suka mencari ilmu dan belajar terutama ilmu baru menyebabkan saya
terpanggil untuk menghadiri pelbagai jenis seminar dan bengkel. Semua ini dilakukan dengan niat
hanya satu untuk memberikan terbaik dalam menjalankan tugas seorang ibu dan guru seterusnya
dapat dikongsikan dan dimanfaatkan kepada orang lain. Saya akan kongsikan kemudian seminar apa
yang telah dihadiri dan kebaikan yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
Harapan
Saya amat berharap sangat saya dapat berkongsi dengan rakan-rakan di luar ilmu-ilmu Allah ini. Oleh
sebab itu, saya berminat sangat dikongsikan dalam blog saya dan akan datang ebook seterusnya buku
yang mungkin dapat saya realisasikannya. Semoga impian in dapat dijayakan dan diredhai serta
diberkati oleh Allah taala.
Penghargaan
Saya bersyukur dapat menyertai Jemaah ini iaitu akademi bekerja dari rumah ini. Terima kasih Pn
Ashikin telah memberikan peluang ini kepada saya. In sha allah saya akan berikan yang terbaik dan
sentiasa bersemangat dalam usahakan impian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan