Teks Azreen Asnawi
Bismillah
Naluri ibuku tersentuh apabila melihat anak bongsuku tidak sihat dan dimasukkan ke hospital akibat "Rotavirus". Hati tertanya-tanya bagaimana boleh dijangkiti dengan virus ini. Cuba tercari-cari apa yang dibuat oleh anakku ini sehingga boleh dijangkiti dengan virus ini. Bisikan iblis di kotak hati ini menyebabkan aku merungut "kenapalah waktu ini sedang aku baru hendak memulakan mengejar impian ", "Telah lama mencari-cari fokus apa yang ingin dilakukan dan kini telah jumpa" . Beristigfar aku apabila bisikan ini terus cuba menghasutku. Mula aku sedar ini dugaan Allah ada hikmah ye.
Anak adalah anugerah Allah yang tiada tolok bandingnya. Mereka perluku
Sabtu, 14 Disember 2013
Jumaat, 13 Disember 2013
Teristimewa pelajar-pelajarku
Bismillah...
Teks Azreen Asnawi
Pelajar-pelajar lemah
Pelajar-pelajar yang lemah biasanya dikaitkan dengan lemahnya penguasaan mereka dalam akademik dan kerap melalukan masalah disiplin. Kebanyakkan tumpuan kurang diberikan kepada mereka. Ini kerana tanggapan biasa kesukaran untuk mengawal mereka dan tidak yakin dengan kemampuan mereka.
Apabila menanyakan kepada mereka mengapa mereka hadir ke sekolah setiap, mereka juga tiada jawapan yang tetap dan menyakinkan. Ini terjadi kerana pelajar-pelajar lemah biasanya kurang keyakinan, tiada motivasi serta tidak pasti atau tidak tahu tujuan hadir ke sekolah dan tidak tahu potensi dan kebolehan diri mereka.
Apa yang mereka tahu hadir ke sekolah kerana ibubapa suruh, jumpa kawan-kawan ataupun bosan duduk di rumah. Oleh sebab itu, mereka tidak memberikan tumpuan dan fokus apabila berada di dalam kelas. Selain itu mereka berminat untuk melakukan kesalahan displin untuk mendapatkan perhatian orang-orang di sekiling.
Pengembaraan ilmu
Oleh itu saya terpanggil dan selalu tertanya-tanya apakah caranya untuk memahami dan membantu pelajar-pelajar istimewa ini. Kekadang rasa berputus asa untuk cuba mendekati seterusnya membantu mereka mencapai kejayaan bukan hanya dalam akademik tetapi sahsiah. Namun, dalam hati sentiasa terdetik "apakah yang boleh aku lakukan untuk membantu mereka". Persoalan ini sentiasa bermain dalam fikiran dan sanubari saya. Tanpa membuang masa saya telah mengambil inisiatif dengan menhadiri seminar-seminar yang berkaitan dengan perdidikan.
Semoga segala usahaku ini memperolehi kejayaan

Ahad, 8 Disember 2013
Teristimewa anak-anakku
Teks Azreen Asnawi
Jasa kakak ira
Kusyuk dan bersungguh-sungguh adik yang berumur 3 tahun dengan mewarna dan menconteng buku-buku pilihannya. (Nampak minat terhadap buku)
Apa yang boleh dikongsikan dan melalui pemerhatian, tindakan si adik tidak di suruh tetapi kerelaan sendiri hasil melihat kakaknya yang berumur 5 tahun sering membuat ulangkaji
Tindakan yang dilakukan oleh ibubapa dengan memuji sambil menepuk tangan dan memberikan kucupan kasih sayang terhadap si adik tanda memuji dan bangga terhadap tindakannya.
Kakak juga tidak dilupakan puji tindakannya yang rajin mengulangkaji membawa kepada tindakan positif kepada si adik.
"Umi dan abah gembira dan bangga dengan anda berdua. Umi dan abah mendoakan anda berdua berjaya di dunia dan di akhirat:

Salam ukhuwah
Assalamualaikum...
Teks Azreen Asnawi
Salam ukhuwah kepada semua
Maklumat diri
Saya bernama Azreen Bt Asnawi berumur 30-an dan dilahirkan di kuala lumpur. Ibu saya berasal dari
Perak manakala bapa saya dari Johor Darul Takzim tetapi berkhidmat di kem Sg Besi. Kini saya
menetap di bangi selanggor. Saya telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 2 orang puteri.
Pendidikan
Saya bersekolah rendah di kuala lumpur sehingga darjah lima sebelum mengakhirinya iaitu darjah
enam di Kuching Sarawak kerana mengikuti bapa yang berkhidmat sebagai tentera sehingga tamat
tingkatan 1. Tingkatan 2 sehingga tingkatan 5 bersekolah di sekolah berasrama di Selangor. Selepas
SPM saya telah melanjutkan pelajaran peringkat matrikulasi sains UKM di Negeri Sembilan selama 2
tahun. Semasa matrikulasi saya telah bergerak aktif berpersatuan untuk menggali dan mendapatkan
pelbagai kemahiran untuk digunakan di masa akan datang. Saya telah dipilih sebagai Naib presiden
persatuan pelajar iaitu ketua pelajar puteri. Daripada situ saya telah melaksanakan pelbagai aktiviti .
Walaupun saya aktif dalam berpersatuan saya sentiasa menetapakan matlamat untuk mencapai
kejayaan dalam akademik sehingga saya telah terpilih sebagai pelajar terbaik puteri dan
dianugerahkan pelajar serba boleh. Ini semua adalah sebagai perangsang kepada saya untuk mencapai
kejayaan. Selepas 2 tahun, oleh kerana minat yang mendalam dalam pendidikan dan redha ibubapa
terutama ibu saya, saya telah memilih jurusan sains dengan pendidikan di UKM.
Kerjaya
Saya telah memulakan kerjaya saya sebagai guru di Kuching Sarawak selama 4 tahun. Semangat
untuk memberikan terbaik dalam apa juga diusahakan telah diteruskan dalam kerjaya sehingga
terpilih sebagai guru popular dan penyayang semasa sambutan hari guru. Terlalu banyak kenangan
indah di Sarawak. Selepas 4 tahun saya kembali meneruskan kerjaya saya di kuala lumpur setelah
mendirikan rumahtangga dan alhamdullilah telah dikurniakan 2 orang puteri. Berkhidmat di kuala
lumpur selama 10 tahun sebelum tahun ini dapat berkhidmat di Selangor. Sedar tidak sedar saya telah
berkhidmat 11 tahun dalam dunia pendidikan. Pelbagai cabaran dan dugaan di hadapi dalam
menjalankan tugas. Namun tidak pernah berputus asa untuk sentiasa berikan terbaik demi kejayaan
pelajar. In sha allah niat ini akan terus tersemat sehingga masih bernyawa.
Pengembaraan ilmu
Mungkin kerana saya ini suka mencari ilmu dan belajar terutama ilmu baru menyebabkan saya
terpanggil untuk menghadiri pelbagai jenis seminar dan bengkel. Semua ini dilakukan dengan niat
hanya satu untuk memberikan terbaik dalam menjalankan tugas seorang ibu dan guru seterusnya
dapat dikongsikan dan dimanfaatkan kepada orang lain. Saya akan kongsikan kemudian seminar apa
yang telah dihadiri dan kebaikan yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
Harapan
Saya amat berharap sangat saya dapat berkongsi dengan rakan-rakan di luar ilmu-ilmu Allah ini. Oleh
sebab itu, saya berminat sangat dikongsikan dalam blog saya dan akan datang ebook seterusnya buku
yang mungkin dapat saya realisasikannya. Semoga impian in dapat dijayakan dan diredhai serta
diberkati oleh Allah taala.
Penghargaan
Saya bersyukur dapat menyertai Jemaah ini iaitu akademi bekerja dari rumah ini. Terima kasih Pn
Ashikin telah memberikan peluang ini kepada saya. In sha allah saya akan berikan yang terbaik dan
sentiasa bersemangat dalam usahakan impian.

Khamis, 5 Disember 2013
Selamat Datang Ke Blog Saya
Assalamualaikum....
Inspirasi buat teristimewa ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang dilalui oleh saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang hebat dan seorang guru kepada para pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Diharapkan perkongsian ini memberikan inspirasi seterusnya meledakkan motivasi kita semua menuju kejayaan yang diredhai.
Ibu/umi/mama/bonda/mak....
semua ini panggilan biasa digunakan oleh anak-anak terhadap insan yang telah melahirkan dan membesarkan mereka. Walauapa pun panggilan yang digunakan tujuan adalah satu iaitu untuk membimbing dan mendidik mereka menjadi insan yang bertakwa kepada Allah dengan kata mudah berjaya di dunia dan di akhirat.
Tugas ini bukannya mudah, ia memerlukan ilmu dan pengorbanan serta iltizam yang kuat. Oleh itu saya mengambil inisiatif dengan terlibat dalam pengembaraan ilmu di merata-rata dalam usaha mencari ilmu yang boleh diaplikasikan kepada anak-anak saya.
Saya akan teruskan usaha tanpa mengira penat lelah dan waktu. Dengan niat hanya satu untuk menjaga anugerah Allah tidak ternilai ini.
Guru....
Suatu tugas yang bukan mudah tetapi mulia di sisi Allah pencipta sekalian alam. Dengan perkembangan yang sangat ketara kini dalam bidang pendidikan. membuatkan saya tersedar dan bermotivasi untuk menguasai ilmu-ilmu baru dalam menghadapi gelombang pendidikan Negara. Apapun perubahan yang dilaksanakankan tujuan jua satu untuk kecemerlangan para pelajar kita.
Bagi saya kecemerlangan seseorang pelajar itu tidak hanya pada akademik tetapi juga pada sahsiah dan keperibadiannya. Ini kerana ini juga yang ingin ada pada anak saya. Oleh itu juga saya dalam misi pengembaraan ilmu mencari dan terus menggali ilmu serta kemahiran baru dalam usaha menempuh cabaran seorang guru.
Saya ingin sekali memberikan perhatian yang lebih kepada para pelajar istimewa( lemah yang berada di kelas belakang). Ini kerana pada saya mereka ini masih tercari-cari apa yang perlu dalam diri dan sentiasa berada rendah diri dan kurang bermotivasi.
Segala usaha saya ini ingin saya kongsikan dengan rakan-rakan pembaca sekalian. Mohon teguran untuk memperbaiki segala kelemahan seterusnya dapat kita laksanakan bersama.
#Cikgu Azreen#
Langgan:
Ulasan (Atom)